;

Pasaran Singapura






Ramai yang mungkin tertanya-tanya bagaimana cara tebu dieksport..khususnya ke Singapura.Secara umumnya tebu dieksport ke Singapurauntuk airnya..Jd perkara penting yg perlu dilakukan ialah buang kulit tebu..selepas tebu dibuang kulit..biasany akan diasingkan mengikut gred..kemudian dipotong dlm 2 kaki panjang dan dimasukkn ke dlm kotak..pastu ditimbang..dlm sekotak beratnya 20kg..akhir sekali diikat..harga pasaran di Singapura sekotak Dollar Spore $24.00..Jd yg untung siapa? Petani,pengilang,pemborong,peniaga?..cuba teka..? sendiri mau ingat!

Musim Hujan






Musim hujan memang sesuai untuk penanaman..Benih yg ditanam akan cepat tumbuh..tapi ada risikonya..hujan yg terlalu tebat menyebabkan benih yg ditanam hanyut..kalau dah seminggu tanam tak jd masalah sbb akar dah melekat pd tanah..risiko kedua pula ialah benih yg tumbuh akan terendam..jangan biarkan terlalu lama,nt benih akan mati..sebaiknya cepat-cepat timbus supaya air tidak bertakung..Projek bawah TNB aku pn tak terlepas dr masalah tersebut..Lihat air bertakung & ada yg dihanyutkan air..apapn semua dugaanNya...

Penanaman dah mula...






Setelah tanah tambak dikorek spi jumpa tanah asal..aku pelau ngan buat batas..rancangan awal nak start bulan ramadhan yg lalu tp aku hanya dpt mulakan pd awal bulan ini..faktor cuaca yg menghalangnya..bahaya buat kerja bawah talian klu cuaca x menentu..insyaallah tpt ni aku nk jdkn ladang contoh..

Meratakan tanah..







Tanah dibawah rezab TNB ini ialah tanah tambak..Pemaju perumahan buang tanah kt bawah pencawang ini..Jd aku ratakan semula supaya jumpa tanah asal..Lepas tanah dah rata barulah aku plaugh tanah ni..

Blog baru..




Blog pertama aku..Cerita Tentang Tebu
Kini blog Sugar Cane Farm bagi projek di bawah pencawang TNB..Walaupun ramai orang ketawakan aku kerana memilih tanah yg x sesuai untuk tanaman..tapi aku berpandangan sebaliknya..tanah ini terletak bersebelahan taman perumahan..Untuk jangkamasa panjang..tau le aku nk buat ape..sbb tu aku teruskan projek di sini..tapi bukannya mudah..dugaan pertama ialah komplen dari orang melayu yang tak mau bangsanya maju..aku bukan mengalah..aku tangguhkan je dulu..aku akan mulakan semula pada bulan september ini..sempena berkat bulan Ramdhan yang mulia..insyaallah..
Gambar bawah..aku "tanda kawasan je" pastu aku plough..time ni kena komplen..sekarang aku ratakan tanah..aku nk jadikan ladang contoh..gambo terkini klu dah siap projek meratakan tanah..

Bermulanya cerita...

Bagaimana boleh aku terlibat dalam industri ini..
Tahun 1997 bermulanya era kegawatan ekonomi yang melanda negara kita..Aku yg kerja gomen pn terasa kesannya..Ketika itu cuti persekolahan akhir tahun dalam bulan ramdhan yg mulia..Rakan serumah aku Cikgu Nizam mencadangkan berniaga di bazaar ramdhan..setelah perbincangan dibuat..Aku,Nazri & Nizam sepakat mengambil tapak di Kg Melayu Majidi..Kami bertiga menjual ikan bakar dan air tebu..bermulalah pengalaman aku yg pertama berjinak-jinak dengan tebu..
Tahun 2005..aku ditukarkan ke sebuah sekolah yg terpencil..Hari pertama di sini agak membosankan..maklumlah sekeliling sekolah adalah hutan belukar..tetapi aku mendapat idea..aku mempunyai pengalaman dalam pertanian..dari sekolah rendah memang aku didedahkan dengan ilmu pertanian ini..mungkin ini peluang aku melibatkan diri dalam pertanian..
Langkah pertama aku ambil dengan membersihkan belakang sekolah...dibantu oleh guard sekolah..ketika itu ada otai yg menjual air tebu dipekan..akupn menempah benih dengan otai ni..Otai bagi aku seguni benih yg dikerat pendek..alamak RM50.00 seguni kecik je..gua terkena beb!..takpe..kawasan yg dah aku bersihkan lbh kurang 1/2 ekar..mana cukup benih..aku pn mencari disekeliling kawasan tempat tinggal aku..tanpa segan & malu..aku amik je tebu yg tumbuh liar ditepi-tepi jalan sehingga cukup yg aku perlukan..
Sedikit pengalaman aku semasa mengajar pertanian disekolah..aku gunakan sebaiknya sambil aku mengkaji biologi & teknik tanaman tebu...Dari sinilah aku menanamkan minat & keyakinan bahawa aku mampu berjaya suatu hari nanti..Insyaallah..
;